Saturday, 19 May 2012

Tiada Lagi Jalan Kembali....

Seorang wanita separuh umur..sedang termenung di sebuah kerusi sofa...Muzik dari radio jiran sebelah rumah,menjadi penemannya sejak kebelakangan ini..Bukan dirumah dia tidak ada radio..tetapi,dia malas untuk membukanya.Sayup-sayup kedengaran lagu J.Mizan...Tiba-tiba hati dia terus sayu..

Tiada lagi...jalan kembali
semuanya seakan dalam mimpi....
Walau beratku bawa pergi
Bayangan mu didalam hatiku....
Saatnya kala pun tiba kini...
Telah kau tahu bukan rahsia lagi
Tak mungkin saling jatuh cinta...
kerana diriku sudah berpunya

Hmmm,suatu ketika dulu,aku pernah mendendangkan lagu ini ...Begitu keluh kesahnya  dan tiba-tiba airmata menitis di pipi...Huuuuhuuuuuhuuuuu,sebak sungguh dia petang itu..

Assalamualaikum Mama!! Tiba-tiba saja anak perempuan tunggal dia sudah di depan mata..
Waalaikumsalam...
eh,kenapa ni Mama? Mama teringat arwah ayah ya
Huuuuhuuuuhuuuuuu...tak lah..
Habis tu,kenapa Mama ?Cakaplah Ma..
Tak ada apa..Noni,tiba-tiba Mama jadi sayu sangat-sangat.
Kenapa Mama sedih ni?Cuba Mama cakap dekat Noni...
Tak ada apa-apalah....(mamanya mengesat airmata,Mamanya cuba tersenyum..)Noni dah sembahyang?
Dah..Alah Mama..tak mau la cakap hal lain..Cuba Mama cakap kenapa Mama sedih sangat-sangat hari ni?
Betul..tak ada apa-apa..
Ma...(Noni mula berbaring diatas riba Mamanya)
Hmm, apa dia sayang?
Mama rindu kat Pakcik Rizal ya?
Noni tengok ada perubahan di wajah Mamanya.
Mana Noni kenal Pakcik Rizal?
Ye...betul,ye betul...Betulkan Mama? (Noni tiba-tiba bangun dan memeluk Mamanya.)
Alah..Noni kan kemas rumah hujung minggu lepas.Noni jumpa diari Mama.hehehe
Tak baik tau..baca diari orang lain...
Alah..bukan orang lain pun...Mama Noni punya...hehehe
Pipi Noni dicubit Mamanya.
Adoi...sakitla..Hehehe.Mama,mama...Pakcik Rizal tu hensem tak?
Adala sikit-sikit..Mama dia tersenyum malu.
Sikit?.Mama tulis dalam buku tu muka dia macam penyanyi Mawi..
Isyh budak ni...(Telinga Noni dipiatnya)
Hehehe..Mama sayang dia erkkk??!!
Sayang pun buat apa...Dah 10 tahun berlalu...
Macam mana Mama boleh mula-mula terpikat pada pakcik ya??.
Tak ada dalam diari?(usik Mamanya)
Tak adala..takkan Mama dah lupa kot.hehe.Ceritalah Mama.Noni nak bayangkan Pakcik Rizal tu..
Mama kenal dia dalam Face book.
Fuyyyoo FB mama??!!.
Aaaaa....nak dengar cerita,mulut diam ya.
Uits...ok ok..silakan 'permaisuriku' hehe...
Pakcik request Mama ya?
Tak..Mama request dia dulu...hehe
Wah,caya lah Mama...hahahaha
Apa?Tak boleh ka?
Eh,boleh...boleh..sangat-sangat.Pakcik punya pasal ..Mama request pun tak apalah hehehehe
Ma...kat mana Mama suka Pakcik Rizal tu Ma?
Hehehe..Itupun nak kena bagi tau ka?
 Ala..Mama ni...Romantik lah sikit...
Romantik?Hah jangan harapla...Orang dia tegas.
Eh,Mama tak cerita pun,Mama pernah jumpa dia ka?
Hehehehe..tak pernah...Mana ada..tapi sikap dia yang ambil berat kat Mama tu yang buat Mama terpikat.
Ambik berat macam mana Ma?
Dia selalu bagi nasihat dan tunjukajar Mama..
Kalau Mama kata Mama malas nak buat kerja,tapi Mama asyik nak chat dengan dia,dia akan tegur Mama.
Oh...how sweet..
Dia akan kata..Habiskan kerja dulu!!
Wah garangnya,tapi sweet sangat-sangat.Noni teka,Mama pun mesti suka lah tu...hehehehe
Eh,mestila..Mama kan anak tunggal macam Noni jugak.Mama dah tua,tapi Mama manja...Mama
rasa,Mama dimanjakan selalu..Kadangkan...Mama saja-saja kata Mama tak habis lagi,walhal,dah habis dah
haha..Mama suka nak dengar dia berleter...
Lawakla Mama ni...hahahahahaha
Mama sebenarnya suka cara dia tunjukajar kalau ada apa-apa yang Mama tak tahu.kadang tu...
Boleh Noni tanya satu soalan?
Apadia?
Dia pun dah ada isteri ya Ma?
Ya.Itu  salah satu sebab kami tak boleh nak rapat sangat sebenarnya Noni...
Sebab itu jugak Mama nangis bila terdengar lagu J.Mizan tadi...
Kami masing-masing sudah berpunya..
Kesian Mama kan..Masa tu pulak arwah ayah asyik tampar dan sepak Mama sajakan?!!Tak payahla Mama sorokkan dari Noni..Noni baca semua tulisan Mama tu...
Tapi,tak baik Noni kita sebut-sebut cerita arwah ayah Noni tu..Mama dah lama maafkan arwah ayah..Dia sempat minta maaf dulu dengan Mama sebelum dia ninggal..
Pakcik Rizal 'tarik diri ' dari Mama kan??
Hmmm ya Noni..
Noni rasa-rasakan Ma..tak banyak,mesti kat hati pakcik pun rasa sayang kat Mama..sebab itu dia tarik diri....
Amboi!!Pandainya anak Mama!!!
Mestila..Pandai ikut Pakcik Rizal la hahahahahah.
Dia pun tertekan agaknya ya Ma..Noni kesianla kat dia...Dia nak teruskan..isteri orang.Kan berdosa berkawan dengan isteri orang,,
Ya..Begitulah ceritanya...Tapi,cara dia tarik diri tu..membuatkan Mama lagi merana...
Betul tu..tengah berbahagia usik-mengusik,bersembang-sembang tiba-tiba dia minta,'buku ditutup',mesti Mama pun bengang masa tu kan...
Anak Mama ni dah semakin matang berfikir ya..hehehehehe.
Hari ni Noni nak jadi 'anak Pakcik Rizal'lah...hehe.
Dia mesti kesian kat Mama kan...
Mungkin.!
Tapi..tak lama selepas itu,Mama pun berpisah dengan arwah ayahkan,lagi la Mama menderita ya..Kenapa Mama tak pergi cari dia?
Noni..Mama pun ada maruah diri Noni..Takkan Mama nak pergi cari dia lagi setelah dia tamatkan hubungan kami....Malu la Mama..
Hmm betul jugakkan.Kesian mama Noni...Kita berdoa ya Ma..Satu hari nanti semoga kita jumpa balik Pakcik Rizal ni....
Aaamin...


                                                       Tamat.



































Thursday, 17 May 2012

Kalau Sudah Jodoh 2

Kak Nina..abang Helmi nak jumpa...

Room mate Nina,Si Puteri..mengusik.
Cewah,cewah..Sejak bila abang Helmi kita mula cari Nina ni??hehehe.
Nina tergelak besar,hahahaha..sejak dia jadi boyfren palsu kemarin..hehe
Erkk eleh..palsu konon!.Kat bandar sampai balik berpegang-pegang tangan.
Eh!mana engkau tahu? sambil mengekek-ngekek ketawa..
Alah,kemarin junior-junior kita bagi tau aku..Nampak engkau kat bandar tu...

Kak Nina!
Yo!
Abang Helmi panggil!!
Yo lah,yo lah

Di post pengawal..

Jom Nina!
Nak pergi mana?
Pergi breakfast.
Errrr,berlakon ya?!
1 kolej dah tengok kita nak berlakon apa lagi ni?
Ala. macam mana boleh betul-betul ni?(kata Nina tergelak-gelak)
Nina!Sekarang cakap!Nak serius ka tak nak.Helmi bukan main-main tau kemarin..
Nina merenung wajah Helmi hmmm,hensem jugak boyfren aku ni ya...hehehe
Apa senyum-senyum plak ni?(Helmi mula berubah air muka)
Hik,hik,hik..tak ada apa..saja nak tengok muka boyfren Nina sekejap!
Hensem tak?
Hensem sangat,sangat....
Hehe..dah,jangan nak mengarut.Pergi cepat.

Helmi tersenyum melihat Nina pergi.Hmmmm...memang takdir la..asalnya dengan buat-buat jadi boyfren saja.hehe..memang akan dikenang selagi hayat dikandung badan!.


                                                            TAMAT







                                   


Saturday, 5 May 2012

Cereka 2 Kalau Sudah Jodoh...1

Di sebuah blok bangunan asrama

Kak Nina!
Ya saya!
Ada orang nak jumpa akak di post pengawal.Dia kata,dia abang akak!(jerit junior Nina dari bawah bangunan)
Hmmm,abang aku?
Kenapa Nina? (roommate dia si Puteri bertanya)
Entahla,takut jugak aku nak pergi ni.Engkau pun tahukan..Mana aku ada abang!.
Kot-kot cousin engkau kot,abang sepupu..
Eh,tak boleh jadi ni.Aku nak pergi tengoklah..Engkau please aware ya..aku pergi,kalau sampai malam aku tak balik-balik,engkau report puan ya...
Eh,baik-baik sikit.Aku takutla engkau cakap macam tu...
Hehe..Ok,ok lah..nanti apa-apa aku kirimkan berita kat engkau.Tengoklah nanti kalau ada siapa-siapa kat post guard tu nanti.

Nina pun berjalan  melalui perpustakaan kolejnya.Tiba-tiba...
Nina Halim!
Nak kemana Nina ,cepatnya berjalan...(Helmi menegur.Helmi salah seorang yang amat berminat dengan Nina.)(Lama Nina merenung Helmi,hmmmmmm)
Hah,Helmi...Nina nak mintak tolong boleh tak?
Dengan segala sukacitanya...tolong apa?
Tolong berlakon jadi boyfriend Nina sekejap hari ni?
Ha?
Tolongla...Ada orang nak jumpa Nina kat post guard tu,Nina takut..Dia kata dia abang Nina.Nina mana ada
abang.
Eh...Ini tak boleh jadi ni.Yang Nina nak pergi jumpa buat apa?Tak payahla.
Nina nak jugak tahu,sapa yang cari Nina ni..Kalau tak mau,tak payahla...
Eh,eh..cik adik oi,jangan merajuk.Hmmmm,jom kita pergi !!
(Nina tersengih nakal)

Di Post Pengawal

Nina! (Seseorang melambai Nina dari jauh)
Pucat muka Nina..
Urrr,abang Nizam? Abang Nizam buat apa kat sini?
Nina tiba-tiba jadi tidak ceria.Nizam sepupu dia yang selalu kacau dia.Dia selalu pujuk Nina untuk kahwin.
E,eh..Abang nak tengok buah hati abang tak boleh ka?hehe
(Nina dengan segera mencakuk lengan Helmi...Helmi tidak terkejut dengan tindakan Nina itu malah secara automatik dia meletakkan tangan dia di atas bahu Nina)
Muka Nizam segera berubah.
Abang Nizam..ini boyfriend Nina,Helmi.Dah setahun kami berkawan.
Helmi cuba menghulurkan tangan bersalam,tapi Nizam menolak.
Jom Nina..temankan abang pergi Pasar Payang..mak abang ada kirim barang-barang.
Eh,dah petang ni..Nina tak nak lah.
Nina tak kesianka kat abang?.Abang datang jauh-jauh ni..
Macam mana Mi ?Helmi ikut sama boleh?
Nizam menjegil matanya kepada Helmi. Hmmm,jomlah katanya.
Rupanya,Nizam datang dengan seorang kawan sebagai drebar.
Nina dan Helmi cepat-cepat duduk dibelakang.Dan yang lucunya,Helmi letakkan tangan dia diatas bahu Nina.Nizam geram menjeling.

Di pasar.

Helmi tidak melepaskan tangan Nina.Rakan-rakan sekolej yang kenal,terkejut melihatkan pasangan itu tapi,mereka hanya melemparkan senyuman. Nina dan Helmi  hanya mengekori Nizam dan kawannya membeli belah di situ.Muka Nizam sejak dari tadi masam.

Hah,abang balik dululah.Pandai-pandailah Nina balik.

Abang Nizam...Nina mintak maaf banyak-banyak ya.
Ya.
Sekali lagi Helmi menghulurkan tangan.Kali ini Nizam menyambutnya.
Jaga Nina baik-baik.
Ya.

So,kita nak balik naik apa ni?
Hehehe,naik teksi la takkan kapal terbang kot.

Hampir pukul 9 malam baru mereka berdua sampai.Helmi masih tidak melepaskan tangan Nina.

Wah! Tahniah!tahniah! .Nina cuba menarik tangan dia dari Helmi.tapi dah terlambat.

                                                      Bersambung












Di Pos Pengawal

Nina!
Oh..abang Nizam.(Muka Nina sedikit pucat.Dia tak sangka sepupu dia akan datang mencari dia di situ.Dia memang tak suka dengan sepupu dia itu.Sudah berkali-kali sepupu dia menyatakan hasrat ingin melamarnya)
(Nina tiba-tiba mencangkuk lengan Helmi)
Abang ,ini Nina kenalkan...boyfriend Nina,Helmi..
(Muka Nizam sedikit berubah.Dia amat terkejut dengan pengumuman Nina itu..)

Nina..,abang Nizam ada hal nak bercakap sikit dengan Nina ni..Jom kita pergi Kuala Terengganu...boleh abang belikan barang-barang yang emak abang pesan.
Abang nak ajak Nina?
(tiba-tiba Helmi menyampuk..)
Urrr, maafkan saya abang Nizam..kalau abang Nizam nak bawak Nina pergi boleh,tapi,saya pun kena ikut sekali.Kat kolej saya dah buat pendaftaran dia dibawah tangan saya.Apa-apa jadi kat dia,saya yang bertanggung jawab.
(Nina tengok muka Helmi dengan wajah kehairanan.Sejak bila pulak kolej buat peraturan baru ni?)
Akhirnya, Nizam mengalah..

Mereka pun pergilah ke pekan Kuala Terengganu bersama Nizam dan kawannya sebagi drebar.Nina memilih untuk duduk dibelakang bersama-sama Helmi.Helmi terus mengangkat tangannya dan meletakkannya diatas bahu Nina.Terkejut Nina!Dia cuba menepis,tapi semakin erat Helmi memeluknya.
(Perlahan dia berbisik di telinga Nina..Syhh,alang-alang nak berlakon,biar betul-betul,kata Helmi tersengih)

Sesampai di Kedai Payang...Helmi masih menggenggam erat tangan Nina.Ada 5,6 orang budak-budak kolej yang mereka kenal,menunjukkan wajah yang terkejut  tetapi tersenyum melihatkan Nina dan Helmi begitu..

Helmi...,bagi can la Nina nak berbincang sekejap dengan Nizam tu.Biar la kami berjalan berdua sekejap.
Ada apa-apa dia nak cakap kot...
(Helmi mendengus marah)
Hmmm,pergilah .
Nina pun dengan tidak membuang masa berjalan mendekati Nizam.

So,abang Nizam.Apa yang penting sangat sampai cari Nina kat sini ni?(Nina cuba berbaik)
Hmmm,nak cakap apa lagi ya Nina.Menyesal abang datang hari ni..Hati abang betul-betul keciwa.
Alah abang Nizam..




                                                                 





Friday, 4 May 2012

Cereka 1 Kenangan Terindah 2

Diblok Kuliah Kenanga

Zifa,awak pakai tudung ni Encik Azmi suruh ke..?(Aznan cuba menguji Zifa)
Kalau ya dia suruh.
Awak ada hati kat dia sama ke?
Kalau ya saya ada hati?
Awak cakap baik-baiksikit
E,eh..baiklah ni!...Awak tak ada hak nak tanya saya itu ini tau.Kita bukan ada apa-apa hubungan pun.Keluar dengan awak pun tak pernah tau...
Tapi saya suka awak.
Suka?.Suka saja tak cukup wak..Saya tak pernah sebut apa2 pun kat awak.Awak saja yang menjaja sana sini suka kat saya kan...
Jom kita keluar!
Hah,tak payahlah,terima kasih.

Kuliah pun bermula.

Di bilik

Engkau gaduh dengan Aznan ke?Aku nampak tadi dari luar kelas.
Iya...Geram kat dia.Ikut suka aku la,aku nak suka ke tak dekat En.Azmi tu..
O...jadi engkau suka En.Azmi la?(tiba-tiba Zifa lari menerpa kearah Syasya..)
Yahhhhhhhhh.... hahahahahaahah..( mereka saling mencubit kemudian saling mengeletek)
Riuh rendah suara mereka berdua.
Hahahahahaha Engkau suka kat Azmi ya...hehehe
Hahahahaha ya ka aku suka kat Azmi? hehehe
Aku nak pergi cakap kat dia esok.
Erkk Eleh...sejak bila engkau jadi maid dia ni...(sambil mencubit-cubit roommate nya)
Hahahahah,aduh sakit la oi..ya lah,ya lah.Aku tak cakap,aku tak cakap.Fuhh,penat aku oi..
Nanti aku surprisekan dia sendiri la..
Eh,engkau kalau nak surprise dia,buat depan aku ya.Mesti best kan?
Best ke?hehehe.
Bestla oi.Mesti mata dia terjojol terkejut kat engkau..
Ya ke? (Sambil tersenyum-senyum)
Apa ni? Senyum sorang-sorang.Ha...dah mula berangan la tu...hahahahahaha,roommate aku dah gatal ye,ye
(Syasya bangun berlari sebab Zifa mengejar dia)

Keesokannya di cafeteria...

Psstt Zifa..Buah hati engkau dah datang..
Hisyh,apala engkau ni.. (Azmi datang dan teus duduk semeja dengan mereka)
Dah order belum? Syasya?Zifa? Nak minum dan makan apa.Mari saya belanja.(kata Azmi tersengih-sengih
dekat Zifa...)
En.Azmi nak belanja ye...bestnya...Saya nak nasik goreng,telor mata dan minum Milo Ais...
Zifa pulak?.
Zifa tak kisah nak makan apa..Apa abang makan itu la Zifa makan!!
Hah?! Zifa ulang sekali lagi .(Terkejut Azmi dan Syasya)
La..nak kena ulang ke??Zifa makan apa yang abang makan la..
Syasya bersorak kecil keseronokan.En.Azmi,En.Azmi..You nak pengsan ke??(bila dilihat Azmi terduduk kembali dikerusinya)
Zifa tergelak.
Betul ni?
Iyyyyyyaaaa la cek abang oi...Bila nak masuk meminang?
Yes,Yes,Yes.....(Azmi merenung gadis pujaannya dengan gembira)
Azmi bangun dan terus membawakan makanan untuk mereka.
Eh,abang tak makan? Tanya Zifa.
Abang tiba-tiba kenyang.Abang nak call mak abang ni..(sambil menekan handphonenya)
Mak!! Cuti ni kita ke Kedah mak.Kenapa?.Saya nak kawin la mak!!!hahahahaNi bakal menantu
mak pun ada kat sini ni...hahahahahaha



                                  TAMAT





 .


Cereka 1 Kenangan Terindah

Zifa baru saja keluar dari kelas tutorial dia.                                   


Zifa !
Ya Encik Azmi
 Lawanya awak pakai tudung...
Ada siapa-siapa paksa awak pakai tudung?.Terkejut jugak saya tadi.
Eh,tak ada lah Encik..
Hmmm,ok kalau awak cakap macam tu..Eh,kalau ada orang paksa awak,cakap saja kat saya ya..
Tapi,cantikla bila awak pakai tudung macam ni..Lagi kenan saya kat awak!
Hehehe,apalah encik ni...Menutup aurat tu kan wajib bagi wanita Islam.
Tak ada buah tangan ka untuk saya?
Eh,ada la(sambil menyeluk poket beg besarnya.)
Ini dia..untuk encik sekeluarga
Wah,apa ni ?Untuk mak mertua ya?? (usik Azmi)
Sapa?Mak mertua En.Azmi ka?hehe

Tengok tu,kenakan kita pulak!! Mak kita la...
Encik Azmi...Ini buah tangan dari Pekan Rabu ni.(Zifa noktahkan usikan Azmi)

Eh,encik..saya pergi dulu ya..(sambil terkocoh-kocoh berlalu dari situ.)
Hmmm Zifa,Zifa,apa nak jadi dengan budak ni..hehehe.Sentiasa melarikan diri dari aku.
Encik Azmi!
Ya saya..
Jangan mengata kat saya ya encik!!Saya dengar ni!!! (Zifa melaung dan tersengih dari jauh)
Azmi tersengih dengan perangai spontan Zifa itu.Azmi tahu...Zifa tahu Azmi sukakan dia,tapi Zifa ibarat jinak-jinak merpati.Azmi pernah menyuarakan hasrat hati dia pada Zifa suatu masa dahulu.
Zifa tak suka kat saya ke?apa kurangnya saya,saya kan masih bujang.Umur pun baru 36.
Zifa baru tahun pertama kat kolej ni En.Azmi...Zifa masuk kolej dengan hati yang kosong.Zifa belum bersedia lagi la Encik...
Itu jawapan standard Zifa.

Zifa pulang ke bilik hostelnya dan disambut roommatenya Syasya. 
E,eh..cantiknya roommate aku pakai tudung!!Dah cantik,nampak lagi cantik!! Alhamdulilah...
Eh,tadi Encik Azmi cari engkau..
Hehehe,dah jumpa.Aku tau..bila habis cuti saja,dia mesti cari aku punyalah..
Tak baik tau engkau buat macam tu kat dia....Aku tengok Encik Azmi tu baik orangnya.Dia lecturer kita.Apa lagi yang engkau hendak ha?.'Jerung kecik engkau tak hendak.Si Aznan tu..sikit punya fokus ke kat engkau..pun engkau lari-lari saja.
Si Aznan tu?.Engkau kata dia fokus kat aku,yang dia dok fokus jauh-jauh malam dengan orang lain,engkau tak tahu?
Ya ka?.Mana engkau tau erkk?.
Hahahaha..kan pak cik guard tu baik dengan aku..Pak cik guard tu lah spy aku sekarang ni...
Eh,macam mana dia boleh jadi spy engkau erkk?
Masa mula-mula daftar kat kolej ni dulu,bapak aku pesan kat pakcik tu..tolong tengok-tengokkan anak saya sama ya..Ha,ha..dia memang tolong tengok-tengokkan betulla..Mujur pakcik tu dah berumur dan baik,kalau tidak pasti pakcik tu pun akan kenan kat aku!!hehe.
 Ada-ada saja la engkau ni.
Jom!
Jom ke mana?
Aku laparla..
Alah,alah alah..kesiannya kawan aku ni..
Tadi aku tak sempat sarap...Turun-turun bas kat stesyen,terus ambik teksi.
Eh,engkau dah zohor ke belum?
Dah,aku singgah surau sebelum balik hostel.Jomla...engkau ni macam mak nenek la,berleter kat aku!
Ya lah,ya lah..dah lapar betul engkau ya?.Dah macam nak makan orang!!

Di cafeteria...

Engkau nampak tak sapa pandang kita Zifa?
A, aaa.Nampak!
Encik Azmi dah tak senang duduk dah bila nampak engkau (bisik Syasya)
Aku jugak nampak yang ada di belakang Encik Azmi tu...
Siapa?.En.Tajuddin?
A,aa..
Kenapa dengan dia?Dia pun admire engkau ya?hahahaha..Wah,engkau patut berbanggala..Diminati ramai!!
Buat apa?!Aku tak ada apa-apa pun...hehehe
Eh,Azmi lambai engkau tu,lambaila balik!!
(Zifa angkat tangan sikit saja pada Azmi)
Erkk eleh,En.Azmi sikit punya daring ke..lambai engkau depan student-student lain,macam itu engkau balas!
Eh,engkau nak suruh aku lari kat dia lepastu peluk dia ke..
Takla sampai macam tu!!hahahahahah

                                                                                              bersambung













Selamat Datang Ke Blog Cereka Teacher Fizz

Assalamualaikum.Terima kasih kerana sudi singgah sebentar ke Blog Cereka Teacher Fizz.Saya lahirkan Blog Cereka  ini dengan kekuatan dari dalam diri saya.Saya tak punya apa-apa yang istimewa seperti wanita-wanita lain.Saya cuma ada kasih sayang yang ikhlas .Keikhlasan saya,saya lahirkan di Blog Cereka ini.Tagline saya 'Sapa sudi Sapa baca'

Terima kasih Yang Tidak terhingga kepada:

1.A.Ghozali Mehad - utk blog ke 2 saya.
2.Zulkifli Bakar - Jangan Takut Utk Menghadapi kegagalan kerana
                            orang yang berjaya belajar daripada kegagalan.
3.Ismail Yunus   - For Success,attitude is Equally important as
                             ability...


Terima kasih daun keladi....