10 tahun dahulu aku ada sorang bestfriend.Kami saling berkongsi rahsia,menangis serta ketawa pun bersama.Susah senang kami saling bantu membantu.Tapi,ada tapinya tau...Dia seorang lelaki..Apa?.Salahkah kalau dia seorang lelaki?Tak salah...sangat-sangat tak salah.Tapi,diam-diam aku telah jatuh hati pada dia.Jatuh hati pada bestfriend aku sendiri ni?.Bagaimana ye?Bagaimana kalau dia tahu yang aku dah jatuh hati pada dia?.Satu-satunya perkara yang aku takuti,aku takut bila dia tahu aku jatuh hati pada dia..aku akan kehilangan dia.Dia akan menyisihkan diri dari aku....Macam mana aku boleh jatuh hati ye?Aku sendiri tak tahu...sehinggalah di satu hari dia menceritakan bahawa dia dah jatuh hati pada seorang perempuan...
Alia,aku tension la...
Hmm,tension kenapa pulak?
Aku...,aku dah jatuh cinta la..
(Alia terdiam)
Hey,kenapa engkau diam saja ni? Selalu engkau potpet potpet cerita kat aku..
Eh,aku tengah fikir lah ni..Engkau tak pernah jatuh cintakan.So,macam mana ye aku nak tolong.
Engkau pernah tak rasa macam mana aku rasa?
(Alia cepat-cepat berfikir macammana perasaan dia ketika itu)
Hmmm.Aku rasa-rasa,aku pernah rasa macam tu...
Betul ni?Eh,Engkau tak pernah cerita pun,nama jerr bestfriend.hehehehehe
(hah,kalau lah engkau tau Kamil,perasaan ini,baru sekejap tadi datang...hmmmm)
Eh,apa menung-menung ni?Eh,memang orang bercinta macam tu ke?heheheheeh
Hahhaa..mengarutlah engkau ni..eh,siapa GF(Girlfriend) engkau tu?
Untuk pengetahuan engkau BF(bestfriend) GF aku tu duduk kat sini jugak...
Sejak bila engkau kenal dia dan jatuh cinta kat dia?
Aku kenal dia dah lama dah...tapi,entah-entah tiba-tiba je semenjak duamenjak ni aku rasa lain mcm je.
Hmmm.pelik jugak engkau ni.
Tidor lena?
Tak,tak lena.
Mandi basah?
Tak,tak basah..hahahahahaha.
Kenapa engkau gelak ni?
Aku sukala bila engkau dah kembali jadi Alia yang sepatutnya...
Hehehe...So,engkau ada hasrat nak kahwin dah ye?Engkau dah ada segala-galanya.Elokla engkau kahwin...
Eh,engkau pulak macam mana?Takkan tak nak kahwin kot?
Aku? hehehehe,Sapa yang nak orang macam aku ni...
E,eh...sedihnya aku dengar.Nanti aku cari kan sorang untuk engkau ye..
Jangan engkau nak memandai-mandai ye.Aku cerai engkau talak 4 nanti!!
Aduh,garangnya hahahaha,Yelah,yelah aku tak carikanlah..
Kamil! Tak masuk dulu ke?
Eh,tak pa lah mak..Kamil sembang-sembang biasa je ni...
Mak? hehehhe,Apa yang engkau mengarut ni...kalau dah engkau nak kahwin dah pun..Jangan la melalut panggil mak aku mak.
Eh? Betul aku sebut mak tadi?Alamak.Agak-agak mak engkau dengar tak? (Kamil tersenyum-senyum)
Engkau pergilah balik dulu,aku nak tolong mak aku kopek ikan bilis...Nanti kita jumpa lagi ye.
Dan,hari pun berlalu.......
Hello.Assalamualaikum Alia.
Waalaikumsalam.Kenapa?Kenapa engkau call ni?
Eh,tak boleh ke aku nak call engkau?!
Takla...Aku ingat engkau sibuk dengan GF engkau tu.hehehe.
Hahahaha,memang aku nak cakap tentang dia pun..Jom temankan aku ke bandar jap petang nanti.
Eh,tak mau lah..Dah ada GF buat apa ajak aku pulak?
Aku nak mintak pinjamkan jari engkau utuk beli cincin kat dia..
Eh,tak nak lah aku,engkau bawak je lah dia tu..Isyhhh
Kan engkau BF aku...Engkau tak kesian ke kat aku?Jomla...
Ye lah,ye lah.Naik motor masing-masing ye...Engkau tunggu aku depan kedai emas tu pukul 3.30 tau.
3.30 pagi ke petang.
Erkk eleh,nanti aku kensel ha!!!
O,ok-oklah,kenapa garang sangat sekarang ni?
Alia tidak menjawab.Dia matikan handphone dia...Jauh disudut hati,dia rasa teramat sedih...Hati dia cukup luka...macam mana ni....Nak temankan dia beli cincin tunang dan kahwin...Aduhhh
Di kedai emas....
Lu mau beli cincin sama lu punya gopren ye?
Ya apek...Saya mau dia pilih dulu yang dia manyak suka..hehe (Kamil mengenyit mata kepada Alia)
Kalau aku pilih yang mahal?
Boleh,apa salahnya?
Wa,apa pasai lu cakap dengan lu punya laki itu macam ma?
Cakap apa pek?
Lu sutah mau kahwin,lu cakap engkau-engkau?
Hahahaha.Betul la apek,dia patut aa..kena panggil saya abang lorr
(Alia menjelirkan lidah pada Kamil)
Hahahahaha,(Kamil berbisik),mujor apek tu tak nampak, kalau dia nampak mesti dia tanya pulak,apa pasai aaaa,lu mau kawin sama biawak??hahahahahaha
Aku bangun terus balik ye?
Ehhhh,jangan.Jangan buat malu aku..Please!
Apek...saya pilih yang ni apek.
Wa,ini manyak cantik lorr.Harga RM 1 ribu...saya kasi diskaun aaaa
Satu je? cincin tunang?
Ah,yang itu belah rotan..engkau pun boleh beli..
Cuba engkau sekali seumur hidup kau,kau panggil abang kat aku.
Engkau ni dah melampau tau,,,ada pulak,
eh,adik ini punya ada boleh ka?(tiba-tiba apek datang membawa cincin belah rotan
Abang! Apek tanya tu..boleh ka cincin belah rotan tu...
Soli aaa apek,Wa manyak terkejut lorr,haha..boleh sayang,Sayang suka yang itu ye?.Tak pa,ambikla.
(Alia menjegilkan matanya,wah,dah la aku tolong dia,dah la hatiku kau guris luka,enjoy pulak dia,dok melayan apek tu...)
Dah,Alia nak balik terus ni..
Eh,mari la kita minum-minum kat sini dulu..
Hmmm,ok, dahaga jugak ni..jom.
Disebuah restoren..
Hai Kamil, apa khabar sekarang?(Sorang budak perempuan muda menegurnya sambil mata galak menggodanya.)
Oh,hai...khabar baik.Ini I prkenalkan bakal isteri I...Alia.
(Alia yang amat trkejut menghulurkan tangan...Tetapi tidak bersambut.)
Bye Kamil...dan trus berlalu.
Apahal engkau perkenal aku macam tu?Nanti habis satu kampung kata kita nak kawin..
Eh,ye ka?.Sorryla..Aku lupa la..
Dahla..Aku nak balik.
Okayla,aku mintak maaf.
Alia terus pergi tanpa pandang menoleh kebelakang lagi.
Fuhh,marah betul ni...hehehehehe
Selang beberapa hari kemudian...
Kamil sedang minum di sebuah kedai bila tiba-tiba dia ternampak Alia.Baru saja dia hendak melambaikan tangan kepada Alia,tiba-tiba ada seorang lelaki berjalan beriring-iringan dengannya.Mereka kelihatan mesra sekali.
Lah?!! mamat mana pulak ni?
Alia pun terkejut tengok Kamil.Tetapi dia sengaja buat-buat macam tidak ada apa-apa.
Eh,kenalkan Kamil...Ini bakal tunang Alia,Amri namanya.Mereka bersalaman,tetapi,Kamil merenung muka Amri macam hendak ditelannya!
Kamil keluar dari restoren,naik motornya dan trus berlalu.
Hehehe,Terima kasih Amri.
Tak terima kasih pun tak pa,kalau jadi betul dengan Alia pun tak pa...
Aieeekk,mintak maafla..heheheheeh.Nak makan apa,jom Alia belanja.
Jom!
2 hari berlalu..Kamil termenung dibilik rumahnya.
Aaaahhh! Ini tak boleh jadi ni...
Kamil pergi ke dapur mencari ibunya..
Kenapa ni Kamil?Mak tengok Kamil asyik termenung saja...
Mak.
Ya..ada apa?
Mak suka tak kat Alia?
Hehehehe..mak dah lama suka kat dia tau.
Dah lama?La...kenapa mak tak cakap kat Kamil awal-awal?
Kalau mak cakap awal-awal,Kamil nak buat apa?
Kamil tak boleh berpisah dengan dialah mak...Mak pun tahu kan...dia kan kawan baik Kamil dari sekolah rendah lagi.
Mak ingat kawan baik saja...Kamil ada hati kat dia ke?
Ada la mak..
Nak mak pinangkan Alia?
Mana boleh dah mak,dia dah nak bertunang la tak lama lagi.
Eh,bila pulak ni?Tadi pagi mak jumpa Makcik Melah..dia tak kata apa pun...
Hmmmmmm...Kamil tak tau lah nak cakap apa..
(Mak Kamil tersenyum-senyum melihat Kamil berlalu.Dia dan Melah saja yang tahu apa yang terjadi.)
Satu hari di jalanan.Kamil terserempak dengan Alia.Mereka masing-masing memberhentikan motor mereka sekejap.
Eh,Alia! Alia dari mana ni? ( walaupun Kamil menegur muka Kamil sedikit tawar)
Alia baru balik dari kedai bunga.Mak nak siap-siapkan barang-barang hantaran.
Dah habis fikir dah?
A,aa..dah.Macam mana dengan Kamil?Dah siap-siap untuk kenduri ke?
Hmmm...,tak jadi kot.(Kamil cepat-cepat berlalu meninggalkan Alia terpinga-pinga)
Kenapa pulak ni?Tak jadi kawin?Eh,aku pun tak nak kawin lagi lah..
Alia sampai di rumah dia..
Mak,o mak!
Oi...ada apa?
Alia tak mau kawin lagi lah.
E,eh budak ni...adaka pulak.Kenapa?
Entah,Alia pun tak tahu nak cakap macam mana..
Cuba cakap kat mak ni,kenapa alia cakap macam tu.?
Kamil la mak,sebab Kamil.
Eh,apa hal pulak dengan dia?Dia larang Alia ke?
Tak la..tapi dia kata dia tak jadi kawin mak!!!Dia tak jadi kawin..(dan Alia pun sambil menangis teresak-esak berlari ke dalam biliknya..
Ibu Alia tergelak sendirian.Dia segera mengangkat telefon dan menelefon ibu Kamil
Hello,Assalamualaikum Cik Lijah..habis lah kita..Alia tak nak kawin,bila dengarkan Kamil pun tak mau kahwin..
Eh,ya ka..Habis macam mana plan kita tu?
Kita buat keras hati je lah Cik Limah oi..hehe.Kita teruskan jugak plan kita.
Okay,okay..saya setuju..
No comments:
Post a Comment